Pengenalan
PENGENALAN
Hospital Sungai Bakap telah menyediakan Perkhidmatan Kawalan Infeksi bagi mengawal infeksi yang mungkin berlaku di dalam hospital. Dengan itu pihak hospital telah melantik seorang Jururawat untuk menjaga Unit Kawalan Infeksi. Ketua Unit setiap wad/ Unit dilantik sebagai Link Personel, bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dikalangan kakitangan hospital ini. Disamping itu juga satu Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik peringkat Hospital telah ditubuhkan bagi membantu merancang,memberi nasihat dalam proses kerja pengasingan pesakit berjangkit, mengkaji semula penggunaan antibitik serta mengenal pasti punca-punca jangkitan yang berlaku.
Objektif
OBJEKTIF
1) Melaksanakan Kawalan Infeksi surveillance system yang efektif dan efisien sepanjang masa.
2) Melaksanakan Standard dan Additional Precaution dikalangan anggota hospital untuk mengelakkan transmisi
infeksi demi penjagaan pesakit selamat dan bebas dari jangkitan nasokomial.
3) Meningkatkan ilmu dan pengetahuan kakitangan hospital, kepentingan Kawalan Infeksi melalui pembelajaran
berterusan.
Perkhidmatan
1. MENGUMPUL DATA
a.) Mengumpul data-data dan ujian makmal dan data-data jangkitan.
b.) Menganalisa keputusan makmal.
c.) Mengesan punca jangkitan.
d.) Mengesan ‘out break’ atau wabak penyakit berjangkit.
e.) Menyimpan rekod berkaitan Jangkitan Nosokomial.
f. ) Merekod dan mengumpul data-data kerintangan antibiotic dan Notifikasi Kawalan Jangkitan.
2. PENGAWALAN DAN PENCEGAHAN
a.) Membuat lawatan ke wad-wad dan unit-unit.
b.) Membuat pengawasan dan pemantauan mengenai penggunaan disinfeksi, prosedur aseptic, ‘standard
precaution’, pengasingan sisa klinikal dan ‘house keeping prosedure’
c.) Ambil bahagian dalam seminer atau kursus seperti pendidikan kawalan jangkitan peringakat hospital, negeri
dan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pendidikan mengenai keselamatan kesihatan pekerja.
d.) Membuat pemantauan terhadap ‘in-used test’ jika ada tanda-tanda kontiminasi atau pencemaran.
e.) Membuat pemantauan / pemerhatian berkenaan prosedur aseptic yang dilakukan oleh anggota di wad -wad
dan unit-unit.
f. ) Memastikan ‘house keeping’ prosedur mengikut ketetapan dan kesempurnaa di sesuatu wad atau unit.
g.) Mengambil sample untuk ujian makmal jika terdapat ‘outbreak’
h.) Mengawal berlakunya perebakan penyakit dengan mengambil langkah-langkah kawalan jangkitan sekiranya
berlaku wabak.
3. PENDIDIKAN
1.) Mengambil bahagian dalam pengendalian kursus-kursus dalam perkhidmatan seperti kursus orientasi kepada
staf-staf baru, kursus kawalan jangkitan dn kursus keselamatan pekerja.
2.) Memberi ceramah dan demonsterasi kepada anggota berhubung pencegahan dan kawalan jangkitan hospital
seperti cuci tangan cara efektif, , sisa klinikal, penggunaan PPE ( personal protective equipment ) penyimpanan
dininfektant ‘Sharp injury’ ‘standard precaution’ dan teknik aseptic.
.
.