Hospital Sungai Bakap telah dibina pada tahun 1891 di atas tapak seluas 4.2 hektar yang dikenali sebagai Rumah Sakit Sungei Bakap. Pesakit yang dirawat adalah dikalangan pesakit yang menghidap penyakit berjangkit (Penyakit Tibi). Dianggarkan lebih kurang 70-80 pesakit menerima rawatan di hospital ini.
Manakala sekitar tahun 70an, hospital ini juga telah dijadikan sebagai tempat pemulihan sementara bagi penagih dadah.
Seterusnya, Jabatan Pentadbiran dan Jabatan Pesakit Luar telah dibuka secara rasmi oleh YBMK Inche Bahaman bin Samsudin pada tanggal 9 haribulan April tahun 1966.