Pengenalan
PENGENALAN
Perkhidmatan Fisioterapi di Hospital Sungai Bakap telah dimulakan pada tahun 2001. Pada peringkat permulaan perkhidmatan yang diberikan adalah tertumpu kepada pesakit dalam dan kes-kes geriatrik. Rawatan Fisioterapi ini diberikan kepada pesakit-pesakit yang tinggal di sekitar kawasan Seberang Perai Selatan dan Perak Utara. Kini perkhidmatan Fisioterapi Hospital Sungai Bakap merangkumi kes-kes seperti pesakit Stroke, pesakit Spinal Cord Injury dan kes-kes akut yang lain. Perkhidmatan Fisioterapi Hospital Sungai Bakap kini dijalankan oleh 3 orang Jurupulih Perubatan Anggota U29 yang bermula pada bulan November 2013, dan perkhidmatan yang diberikan adalah lima hari bermula dari Isnin hingga Jumaat.
Objektif
Membantu pelanggan atau pesakit mencapai dan mengekalkan kesihatan fizikal ke tahap yang optima dan menikmati kesihatan serta kehidupan yang lebih bermutu.
Objektif Khas
Objektif Kualiti:
1. Temujanji pertama diberikan dalam masa 10 hari bekerja untuk kes baru pesakit luar. (Standard: Pencapaian ≥
90%)
2. Pelanggan baru yang menepati masa temujanji akan dinilai untuk rawatan Fisioterapi dalam masa 30 minit
(Standard: Pencapaian ≥ 90%)
Perkhidmatan
Perkhidmatan Perawatan Pesakit Dalam
1. Melakukan rawatan “Chest-Physiotherapy”
2. Melakukan rawatan “Positioning”
3. Melakukan rawatan “Ambulation”
Perkhidmatan Perawatan Pesakit Luar
1. Rawatan Elektroterapi
2. Rawatan “Wax Bath”
3. Rawatan “Hot-Pack”
4. Kelas - kelas bagi Pesakit
Program Rehabilitasi untuk kes-kes geriatrik