Pengenalan
PENGENALAN
Unit Pemulihan Carakerja telah mula beroperasi pada Ogos 2008 dan telah memberikan perkhidmatan pemulihan carakerja selama sepuluh tahun. Unit ini telah memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit di kawasan Seberang Perai Selatan serta kawasan-kawasan yang berdekatan.
Kes-kes rujukan diterima daripada Hospital Seberang Jaya, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sungai Bakap, klinik-klinik kesihatan berdekatan serta rujukan daripada hospital seluruh Malaysia.
Jumlah pesakit yang mendapat rawatan di unit ini telah bertambah dari masa ke semasa. Pada tahun 2017 jumlah pesakit yang telah menerima rawatan adalah seramai 2072 orang berbanding tahun 2016 seramai 1074 orang yang terdiri daripada pesakit dalam dan pesakit luar.
Objektif
OBJEKTIF
1. Memastikan Jurupulih Carakerja memupuk budaya kerja cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang
selamat, cekap dan berkesan kepada pelanggan.
2. Mengembalikan dan mengekalkan keupayaan kefungsian individu yang mengalami ketidakupayaan fizikal atau
psikologikal melalui penggunaan aktiviti terapeutik secara saintifik, berperingkat dan berterusan.
3. Bekerjasama dengan ahli kumpulan rawatan lain dan keluarga pesakit untuk memberi rawatan pemulihan
secara menyeluruh kepada pesakit.
4. Memastikan Jurupulih carakerja cekap di dalam memberi perkhidmatan melalui program latihan profesional
yang berterusan.
Perkhidmatan
Program Rawatan Pesakit
Program rawatan pesakit dalam dan luar telah pun berjalan seperti biasa sejak unit ini di buka. Kebanyakan pesakit yang dirujuk adalah daripada Disiplin Ortopedik, Medikal, Surgikal, Neurologikal, Psikiatri dan Kesihatan Mental, Paediatrik dan Burn Surgikal.
Klinik penilaian kaki dan pendidikan pesakit kencing manis
Program ini telah dijalankan mulai tahun 2013 dengan tujuan untuk melakukan penilaian kaki terhadap pesakit-pesakit diabetik dan memberi pendidikan berkenaan penjagaan kaki. Terapis akan melakukan ‘foot assessment and screening’ pada setiap hari khamis di Klinik Diabetik pada setiap hari khamis. Seramai 65 orang pesakit telah mengikuti program ini bagi 13 sesi pendidikan. Namun begitu disebabkan masalah kekurangan terapis menyebabkan sesi pendidikan tidak dapat dijalankan bagi bulan Januari, Februari, Jun hingga Oktober.
Pemulihan Geriatrik
Program ini merupakan program daripada Hospital Kluster dimana Hospital Sungai Bakap telah terpilih untuk menjadi Hospital Kluster Geriatrik. Bilangan katil untuk pesakit geriatrik telah ditambah daripada 2 katil menjadi 4 katil. Oleh itu, terdapat seorang terapis yang telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan rehabilitasi kepada pesakit ini.