Pengenalan
PENGENALAN
Unit Kualiti ditubuhkan ekoran penubuhan QAP Secretariat Support Unit di hospital - hospital yang disenaraikan oleh KKM. Pengurus dan anggota-anggota sekretariat Unit Kualiti bertanggungjawab melaksanakan dan memantau program ‘Quality Improvement Activities’ untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan berkesan. Aktiviti kualiti dijalankan secara berterusan supaya sistem pengurusan pesakit dipraktikkan secara profesional dan berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan dan dapat mempertingkatkan taraf perkhidmatan Hospital Sungai Bakap.
Objektif
Objektif Umum
Memantau, menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti dengan lancar dan efektif.
Objektif Khusus
1.) Memantau serta memastikan semua aktiviti peningkatan kualiti dilaksanakan secara berterusan mengikut
piawaian yang ditetapkan.
2.) Menyelaras, menyimpan dan menganalisa sistem dokumentasi laporan aktiviti peningkatan kualiti.
3.) Mengenalpasti masalah hospital, menganalisa dan menjalankan penilaian semula bagi mencapai piawaian yang
ditetapkan.