Pengenalan
PENGENALAN
Unit Teknologi Maklumat merupakan unit yang bertanggungjawab terhadap segala peralatan dan perkakasan ICT, menyelenggara sistem rangkaian dan pengoperasian serta berusaha untuk memaksimumkan penggunaan ICT di kalangan warga kerja Hospital Sungai Bakap.
Objektif
OBJEKTIF
1. Mengadakan khidmat bantuan dalam membangun dan mengurus sistem maklumat yang cekap dan berkualiti.
2. Memastikan pembangunan sistem, kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat mengikut piawaian yang telah
ditetapkan.
3. Memastikan kesediaan (availability) infrastruktur ICT berada pada tahap tinggi.
4. Memastikan budaya ICT diterapkan ke dalam tadbir urus dan diamalkan oleh warga Hospital Sungai Bakap.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN
1. Melaksana dan memantau Dasar-Dasar JPA, MAMPU dan KKM serta memastikan Pelan Strategik Teknologi
Maklumat KKM difahami dan dipatuhi.
2. Memastikan semua Aplikasi eKerajaan dan eKesihatan dilaksanakan.
3. Memantau dan Melaksana Projek-Projek Utama KKM, iaitu MyGovNet, MyGovUC, HRMIS, ePerolehan, iGFMAS,
PHIS dan lain-lain di Fasiliti Kesihatan.
4. Memantau dan Melaksana Dasar Keselamatan ICT KKM dan Naziran ICT serta Pematuhan ePatuh.
5. Mewujudkan sistem-sistem aplikasi baru yang dipohon untuk kegunaan di Fasiliti Kesihatan.
6. Merancang dan Melaksanakan Program Pembangunan Kompetensi ICT bagi JKN/Fasiliti.