Pengenalan
1.0 Pengenalan
Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) telah menggiatkan aktiviti kesihatan dan keselamatan pekerjaan secara berperingkat-peringkat di seluruh Negara terutamanya untuk anggota-anggota KKM semenjak pelaksanaan enakmen Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diwartakan. Bagi memenuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Seksyen 30-31), Jawatankuasa Keselamtan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mestilah wujud, berperanan penuh dan bertanggungjawab di atas keselamatan dan kesihatan para pekerjanya dan juga orang awam yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital.
Selaras dengan Teras 2 Strategik Nasional RMK-11 dan Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pelaksanaan langkah strategik dalam memantapkan organisasi dan merekayasa proses kerja, setiap Hospital atau Institusi Perubatan di Program Perubatan perlu menubuhkan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(UKKP) Hospital Sungai Bakap telah ditubuhkan pada 27 April 2022.
2.0 Organisasi dan Pentadbiran
2.1 Arah Tuju
2.1.1 Visi
Untuk menjadi hospital yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
Pulau Pinang.
2.1.2 Misi
Misi kami untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat kepada warga pekerja di Hospital Sungai
Bakap.Kami menggunakan kaedah yang selaras dengan penggunaan teknologi untuk memberi perkhidmatan
keselamatan pekerjaan, membentuk budaya kerja selamat dan sihat.
Objektif
2.1.3 Objektif
Pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan yang berkaitan
dengannya.
2.1.4 Objektif Kualiti
≥70% penemuan audit keselamatan dibuat penambahbaikan.
Perkhidmatan
2.2 Perkhidmatan Yang Diberi
2.2.1 Pembudayaan Program Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
2.2.2 KOSPEN Plus
2.2.3 Audit Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja
2.2.4 Pengurusan Bahan Kimia
2.2.5 Survelan Program Tuberkulosis (TB)
2.2.6 Survelan Kecederaaan Tajam (SIS)
2.2.7 Vaccination And Post-Exposure Prophylaxis (PEP)
2.2.8 Notification Of Accident, Dangerous Occurrence, Poisoning & Occupational
Diseases (NADOPOD)
2.2.9 Mencegah & Menangani Kekerasan Terhadap Pekerja
2.2.10 Membudayakan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Kalangan Pekerja
2.2.11 Analisa Berkaitan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
2.2.12 Pembangunan Modal Insan
2.2.13 Covid-19 Dalam Kalangan Pekerja