Pengenalan
PENGENALAN
Unit Dietetik Dan Sajian merupakan satu unit yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan ‘medical nutrition therapy’ kepada pesakit dalam dan luar yang dirujuk oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan, menyediakan perkhidmatan sajian makanan kepada pesakit dalam dan pesakit yang menjalankan dialisis di Unit Hemodialisis di Hospital Sungai Bakap.
WAWASAN
Unit Dietetik Dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
MISI
Unit Dietetik dan Sajian Hospital Sungai Bakap berusaha untuk:
I. Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip
kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
II. Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling - pekeliling dan
arahan yang ditetapkan.
III. Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan
berdasarkan amalan ‘evidence-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
IV. Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan
dietetik.
Objektif
OBJEKTIF UMUM:
Untuk memastikan perkhidmatan makanan serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
OBJEKTIF KHUSUS:
I. Untuk memastikan khidmat ‘medical nutrition therapy’ bagi ‘oral diet’ serta ‘nutrition support’ diberi kepada
pesakit yang dirujuk oleh doktor.
II. Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad bagi kelas tiga dan
kanak-kanak.
III. Untuk memastikan diet kelas dua dibekalkan kepada doktor bertugas atas panggilan
Perkhidmatan
SKOP PERKHIDMATAN DIETETIK MERANGKUMI:
Memberikan perkhidmatan ‘medical nutrition therapy’ berdasarkan ‘nutrition care process’ yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan monitoring and evaluation bagi pesakit-pesakit yang dirujuk. Perkhidmatan yang diberikan termasuklah preskripsi regim diet dan kaunseling pesakit dalam wad, preskripsi regim pemakanan enteral, kaunseling diet pesakit luar individu dan kaunseling diet pesakit luar berkumpulan. Perkhidmatan pemakanan lain seperti memberi ceramah, latihan dan pendidikan berterusan kepada anggota-anggota hospital atau agensi luar akan dilakukan mengikut keperluan atau atas jemputan.
SKOP PERKHIDMATAN SAJIAN MERANGKUMI:
Unit Dietetik dan Sajian membekalkan diet kepada pesakit dalam berdasarkan pesanan yang diterima. Selain itu, Unit ini juga membekalkan diet kepada pesakit-pesakit yang menjalani hemodialisis di Unit Hemodialisis (HDU) di Hospital Sungai Bakap. Jenis-jenis diet yang dibekalkan termasuk Diet Normal dan Diet Teraputik. Ibu-ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak (MAC) dibekalkan diet kelas tiga. Doktor yang bertugas atas panggilan akan dibekalkan diet kelas dua.