PENGENALAN
Jabatan Pesakit Luar Am Hospital Sungai Bakap, merupakan salah satu dari “barisan hadapan” perkhidmatan yang diberikan oleh hospital ini. Ianya terletak di sebuah bangunan di bahagian hadapan hospital yang mudah dikunjungi oleh pelanggan untuk mendapatkan rawatan. Jabatan ini beroperasi setiap hari bekerja mengikut waktu pejabat
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan rawatan perubatan dan kesihatan yang berkualiti bagi meningkatkan kualiti kesihatan, pengetahuan dan kesedaran pelanggan untuk mencapai kualiti hidup yang cemerlang.
MISI & VISI
MISI
Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan.
VISI
Rawatan yang sempurna menjamin perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta mencapai matlamat yang ditetapkan.
PERKHIDMATAN
Ciri-ciri perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar berteraskan kesihatan primer. Bagi memudahkan pengurusan perjalanan Jabatan Pesakit Luar telah dibahagikan kepada beberapa sub-perkhidmatan.
- Klinik Pesakit Luar Am
- Promosi Dan Kualiti
- Klinik Khas
Klinik Pesakit Luar Am
Klinik ini melaksanakan program perkhidmatan seperti berikut:-
- Merawat semua kes pesakit luar termasuk kes rujukan dari fasiliti lain meliputi rawatan, siasatan makmal, pengimejan dan sebagainya.
- Membuat saringan pelbagai penyakit meliputi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
- Merujuk kes ke disiplin kepakaran tertentu mengikut keutamaan dan keperluan.
- Merawat kes-kes ulangan penyakit hipertensi, asma dan lain penyakit kronik mengikut tarikh temujanji yang diberikan.
- Menjalankan program pemeriksaan kesihatan seperti permohonan kemasukan ke pelbagai institusi pendidikan, pengesahan jawatan, tawaran perjawatan, kemasukan asrama sekolah/kolej dan sebagainya.
- Pengambilan spesimen darah dan kencing bagi ujian makmal.
- Melakukan dressing, ECG, Vision Test dan lain-lain prosedur minor yang diarahkan oleh pegawai perubatan.
- Pemeriksaan Bakal Haji setahun sekali.
- Klinik Berhenti Merokok dijalankan di klinik Diabetis.
Klinik Pesakit Luar Am terdiri daripada 4 bahagian, iaitu:-
- Bilik Kad (Kaunter Pengambilan Nombor Giliran dan Pendaftaran)
- Bilik Pengambilan Darah
- Bilik Pemeriksaan Pegawai Perubatan
- Bilik Rawatan