Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
PENGENALAN
AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 18/2005.
AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing.
AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi.
AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja bagi meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.
MOTO
"AKRAB Cemerlang, Perkhidmatan Awam Terbilang"
VISI
"Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurursan sumber manusia"
MISI AKRAB
- Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.
- Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan.
- Bertindak segabai pengantara antara pegawai dengan Pegawai Psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah.
- Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.