Pengenalan
PENGENALAN
Unit Penyeliaan Hospital merupakan satu unit sokongan yang penting bagi mengurus dan menjaga kepentingan profesyen serta kebajikan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.Unit ini terlibat secara langsung dalam pengagihan dan penempatan anggota paramedik bagi sistem perawatan pesakit secara keseluruhanya.Selain itu, unit ini turut menjalankan pemantauan amalan klinikal dan kod etika.
Objektif
OBJEKTIF
1. Memberi perkhidmatan perundingan dan bantuan dalam urusan-urusan harian yang berkaitan dengan
Pentadbiran dan Perkhidmatan Kebersihan agar berjalan dengan lancar.
2. Menyelaras perjalanan aktiviti-aktiviti dalam jabatan terutama sekali dalam urusan yang berhubung kait dengan
perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan agar berjalan lancar tanpa
sebarang masalah.
Perkhidmatan
PERHIDMATAN
Mengurus tadbir perjawatan Penolong Pegawai Perubatan dan
Pembantu Perawatan Kesihatan.
Mempertingkatkan perlaksanaan polisi dan dasar perkhidmatan
Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan
Kesihatan yang telah ditetap serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mempertingkatkan pengawalan amalan klinikal dan penguatkuasaan Akta Perubatan yang berkaitan dengan jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Mempertingkatkan perlaksanaan amalan dan penguatkuasaan kod etika Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu
Perawatan Kesihatan serta peraturan-peraturan Pegawai Awam
(kelakuan dan tatatertib)
Menjalankan latihan Basic Life Supportdan mengelolakan
Emergency Response Team (ERT) bagi semua anggota hospital.
Melaporkan pesakit dari golongan Pendatang Asing Tanpa Izin
(PATI) kepada Jabatan Imigresen.