Pengenalan

Wad 3 adalah wad Perubatan, Respiratori dan Geriatrik ( Lelaki dan Perempuan ) Merupakan bangunan satu tingkat yang terletak diantara Wad Satu ,Unit Hasil ,Jabatan Pengimejan dan Edgenta, manakala dihadapannya Unit Hemodialisis, dibahagian belakangnya Unit CSSU.
Objektif
OBJEKTIF UMUM
1.) Untuk mengurangkan kadar mortaliti terutama dikalangan pesakit berisiko tinggi dan untuk mengekalkan tahap
kesihatan pesakit paras yang paling maksimun juga untuk mengawal jangkitan penyakit di paras minimum.
OBJEKTIF UNIT
1.) Untuk memulihkan kesihatan pesakit ke tahap maksimum dan mengurangkan paras jangkitan penyakit ditahap
minimum.
2.) Untuk membolehkan pesakit yang diserang penyakit pulih dari segi fizikal,mental dan sosial.
3.) Untuk memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit supaya mereka lebih mengenali dan berjaga-jaga
dengan serangan penyakit.
4.) Untuk mengesan penyakit-penyakit bermasalah dan melakukan rujukan kepada Pegawai Perubatan dan Doktor
Pakar.
Perkhidmatan
1.) Fungsi utama untuk memberikan jagaan rawatan dan perubatan yang terjamin dan selamat kepada setiap
pesakit agar pesakit mendapat kepuasan dengan perkhidmatan yang diberikan.
2.) Memberi kaunseling ,pendidikan kesihatan dan bimbingan kepada setiap pesakit dan waris.
3.) Memberi jagaan perawatan sepenuh masa kepada pesakit terutama bagi pesakit- pesakit yang tidak berdaya
(bedridden pesakit).
4.) Wad ini menjalankan jagaan perawatan kejururawatan kepada pesakit Respiratori,Perubatan yang dipindah
masuk dari Wad 1 kerana kesesakan pesakit,pesakit yang tiada waris yang memerlukan jagaan sepenuh masa
dan menunggu kekosongan penempatan serta pesakit Geriatrik yang diberi pemulihan untuk kembali berfungi
mengikut tahap pesakit itu sendiri.
5.) Membuat rujukan kepada Doktor dan Doktor Pakar bagi kes-kes yang bermasalah dan yang memerlukan
jagaan lanjutan Pakar.Rujukan dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Pulau
Pinang.
6.) Pesakit yang tenat diletakkan dikatil yang berhampiran Jururawat untuk mendapat jagaan dan pemerhatian
rapi dari semua Jururawat dan Pegawai Perubatan. Jika keadaan memerlukan pesakit akan dipindah keluar ke
Wad Satu untuk rawatan selanjutnya.