Pengenalan
PENGENALAN
Wad Bersalin terletak di antara Unit Dietetik dan Wad 5. Di bahagian hadapannya terletak CSSU.
Perkhidmatan
1.) Fungsi utama adalah untuk menilai, mendiagnosa, rawatan, penjagaan kejururawatan dan pemulihan terhadap
ibu-ibu yang mengalami komplikasi seperti pendarahan Post Partum dan PIH.
2.) Pendidikan Kesihatan dan Kaunseling kepada ibu dan keluarga.
3.) Wad Bersalin memberi rawatan kejururawatan kepada Kes Antenatal, Postnatal dan Gynae.
4.) Kes - kes yang berisiko tinggi dan memerlukan rawatan khas akan dirujuk ke Hospital Seberang Jaya dan
Hospital Pulau Pinang.
5.) Pregnancy Assessment Centre ( PAC )
Pusat Penilaian Kehamilan. Memberikan perkhidmatan dan penilaian menyeluruh dalam penjagaan wanita yang
mengalami komplikasi atau masalah berkaitan kehamilan semasa peringkat kehamilan dan sehingga enam
minggu selepas kelahiran bayi.
6.)“ Baby Friendly Hospital” diamalkan oleh semua kakitangan.
7.)“ Mothers Friendly Care Hospital” di amalkan sejak Januari 2013