Pengenalan
PENGENALAN
Unit Pengurusan Aset Dan Pembangunan dianggotai oleh Pembantu Tadbir N26(TBK2) sebagai Pegawai Aset dan seorang Pembantu Tadbir N19. Unit ini bertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Tadbir N29 dan Pengarah (Ketua Jabatan).
Objektif
OBJEKTIF
1.) Unit ini ditubuhkan untuk mengurus semua aset Kerajaan secara teratur dan berkesan mengikut peraturan yang
telah ditetapkan.
2.) Unit Pembangunan bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelenggara aduan kerosakan keseluruhan fasiliti
hospital dan memastikan fasiliti berada dalam tahap yang baik.
Perkhidmatan
Mengurus semua urusan Aset Alih Kerajaan di Hospital Sungai Bakap selaras dengan Tatacara Pengurusan alih Kerajaan, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2007 meliputi:-
i. Penerimaan
ii. Pendaftaran
iii. Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
iv) Penyelenggaraan
v) Pelupusan
vi) Kehilangan Dan Hapus Kira
Mengurus urusan perlantikan Pegawai Penerima, Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Jawatankuasa Penyiasat.
Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK)peringkat hospital setiap suku tahun (3 bulan sekali)
Menyelaras penyediaan dan penghantaran laporan aset setiap suku tahun ke Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang meliputi :
i. Laporan Harta Modal dan Inventori
ii. Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori
iii. Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan dan
iv. Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib
Merancang setiap kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur supaya memberi khidmat dan pulangan yang memuaskan dan keselesaan kepada pengguna.