PERUTUSAN PENGARAH
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Hospital Sungai Bakap.
Terlebih dahulu, saya ucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya Unit IT di dalam pembangunan Portal Rasmi Hospital Sungai Bakap.
Tujuan pembangunan portal ini adalah untuk memperkenalkan kepada orang awam mengenai perkhidmatan yang ada di Hospital Sungai Bakap. Dalam pada masa yang sama, portal rasmi ini juga dapat membantu orang awam untuk mendapatkan informasi dan maklumat yang terkini mengenai kempen penjagaan kesihatan yang di tawarkan di Hospital Sungai Bakap.
Langkah ini selaras dengan ungkapan "KAMI UTAMAKAN PESAKIT" yang jelas menunjukkan komitmen dan usaha Hospital Sungai Bakap untuk membantu orang awam meningkatkan mutu penjagaan kesihatan kendiri yang selaras dengan usaha kerajaan.
Saya juga mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung portal ini bagi memantapkan lagi pengurusan kesihatan dan perkhidmatan yang disediakan. Harapan saya semoga segala informasi dan maklumat yang ada di dalam portal ini dapat membantu memberi manfaat kepada semua. Selamat melayari Portal Rasmi Hospital Sungai Bakap.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
DR MOHAMAD NAZMI BIN MOHAMAD HUSSAIN
PENGARAH HOSPITAL SUNGAI BAKAP