Pengenalan

Wad 5 adalah wad perubatan lelaki berbagai disiplin.Ia merupakan bangunan setingkat yang terletak bersebelahan bilik dan dihadapannya Jabatan Pengimejan dan surau hospital..Wad Multidisplin Lelaki mempunyai 28 katil dimana terbahagi kepada 19 katil untuk pesakit kelas 3 , 6 katil untuk pesakit kelas dua dan selebihnya 3 katil adalah untuk penyakit tibi dan diletakkan di dalam bilik isolasi.
Objektif

OBJEKTIF UMUM
Untuk mengurangkan kadar mortaliti terutama dikalangan pesakit-pesakit yang berisiko tinggi dan untuk mengekalkan tahap kesihatan pesakit ke paras yang paling optima. Juga mengawal jangkitan penyakit diparas minimum.
OBJEKTIF KHUSUS
1.) Untuk memulihkan kesihatan pesakit ke tahap yang ,maksimum dan mengurangkan paras jangkitan penyakit
ke tahap minimum
2.) Untuk membolehkan pesakit yang diserang penyakit pulih dari segi fizikal, mental dan
3.) Untuk memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit supaya mengenali dan berjaga-jaga dengan serangan
penyakit
4.) Untuk mengesan penyakit-penyakit bermasalah dan melakukan rujukan kepada doktor dan pakar
Perkhidmatan

1.) Fungsi utama untuk memberi jagaan,rawatan dan perubatan selamat kepada setiap pesakit agar setiap pesakit
mendapat rawatan yang terbaik
2.) Memberi Kaunseling,Pendidikan kesihatan dan bimbingan kepada setiap pesakit dan waris
3.) Memberi jagaan,perawatan sepenuh masa kepada pesakit terutama badi pesakit-pesakit yang berdaya(BED
RIBBEN PATIENT)
4.) Menjalankan jagaan perawatan kepada pesakit tibi dan perubatan seperti pesakit yang tiada waris yang
memerlukan jagaan sepenuh masa serta pesakit - pesakit ortopedik dan pembedahan.
5.) Membuat rujukan kepada pegawai perubatan dan pakar perubatan bagi kes-kes yang bermasalah dan yang
memerlukan jagaan lanjutan oleh pakar perubatan, hospital rujukan adalah hospital pulau pinang,hospital
seberang jaya dan hospital bukit mertajam.
6.) Pesakit pesakit yang tenat diletakkan dikatil berpagar berhampiran kaunter serta pendapat jagaan dan
pemerhatian rapi dari jururawat dan pegawai perubatan.