Pengenalan
Pentadbiran
Unit Pentadbiran bertanggungjawab untuk merancang, membekal, melaksana, memperbaiki perkhidmatan sokongan yang lain dan memberi bantuan kepada program-program lain supaya dasar dan matlamat HSB tercapai serta dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Sumber Manusia
Unit Sumber Manusia melaksanakan aktiviti yang melibatkan urusan Perkhidmatan, Perjawatan, Tatatertib, Latihan & Kompetensi dan HRMIS (Human Resource Management Informatian System). Unit ini bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Pengurusan Sumber Manusia jabatan agar lebih komprehensif dan bersepadu kepada semua anggota.
Unit ini juga bertanggungjawab dalam mengaplikasikan arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa selari dengan usaha dan matlamat untuk menjadi pemimpin dalam mengurus sumber manusia bagi mencapai wawasan kerajaan.
Objektif
Pentadbiran
Memastikan urusan pentadbiran hospital berjalan lancar dari segi surat menyurat, pergerakan fail yang teratur dan semua arahan dan polisi kerajaan khasnya Kementerian Kesihatan Malaysia dilaksanakan. Dari segi keselamatan, memastikan hospital dan pesakit berada dalam keadaan selamat.
Sumber Manusia
Menentukan Pengurusan Sumber Manusia berjalan dengan cekap dan teratur dari segi perkhidmatan dan semua rekod kakitangan diselenggara dengan sempurna mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. Pengurusan perkhidmatan
2. Pengurusan tatatertib
3. Pengurusan Latihan dan kompetensi
4. Pengurusan HRMIS
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. Pentadbiran Am
a.) Menguruskan surat menyurat
b.) Pengurusan fail
c.) Pengurusan mesin fotokopi
d.) Keceriaan pejabat
e.) Urusan rekod kehadiran anggota
2. Perolehan
a.) Mengurus perolehan terus
b.) Mengurus perolehan secara sebut harga.
3. Pengurusan Stor
a.) Mengurus stor alat tulis
4. Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan
a.) Khidmat pelanggan
b.) Urusetia aduan
c.) Pengendalian urusan telefon
5. Pengurusan Kuarters
a.) Urusan permohonan masuk dan keluar kuarters dan hostel.
b.) Pemantauan penyelenggaraan kuarters.
6. Pengurusan Kenderaan
a.) Urusan pergerakan kenderaan.
b.) Ambulans.
c.) Penggantian kenderaan.
d.) Penyeliaan kenderaan Spanco.
e.) Pemantauan penyelenggaraan kenderaan oleh Edgenta Mediserve Sdn Bhd.