KLINIK KESIHATAN BUKIT MINYAK

 

Pada 10.03.2020 lebih kurang jam 2.20 petang, saya telah hadir di Klinik Kesihatan Bukit Minyak bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan bagi diri saya yang tidak sihat. Setelah mendapatkan nombor, saya diterima oleh Doktor Aris bin Ismail dan beliau dengan segera memulakan pertanyaan bagi mendapat tahu keadaan saya. Apa yang saya ingin nyatakan adalah cara dan etika beliau yang sangat prihatin dan tertib. Tutur perkataanya juga lemah lembut, malah memohon keizinan untuk menyentuh saya secara berlapik bagi mendapatkan bacaan suhu dan mendiagnos penyakit yang dihidapi. Sebelum ini, saya pernah pergi mendapatkan rawatan di Klinik yang sama serta di klinik swasta, namun saya kurang berpuas hati kerana diperiksa dengan bersahaja dan diberikan Paracetamol sahaja. Saya amat berbesar hati dan kagum bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia dan Klinik Kesihatan Bukit Minyak mempunyai seorang doktor yang amat berbudi bahasa dan teliti serta yang paling penting menunjukkan ketertiban selaras ajaran Islam. Maka saya dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Doktor Aris dan Klinik Kesihatan Bukit Minyak atas layanan cemerlang yang diberikan. Didoakan agar Doktor dan semua kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Minyak serta Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa dilindungi Allah dan dirahmatiNya selalu. 

 

Maslyana binti Mansor

 Sumber : SisPAA