PENGHARGAAN OLEH PESAKIT KEPADA WARGA KERJA HOSPITAL KEPALA BATAS

Pengalaman SUSPECTED COVID19. Tahniah Dan Terima Kasih Para Petugas Hospital Kepala Batas. Sentiasa Bersiap Siaga Dan Jalankan Tugas Anda Dengan Sangat Baik!

( Baca elok2 na. Disyaki. Suspected. Bukan confirm COVID )

Saya dah sebulan selsema. Dan bila selsema berlarutan lebih seminggu, dia mula mai penat. Atau bahasa Lahaq Minyak kami panggil asthma attack.

Kebiasaanya selsema bagi saya, saya anggap normal sebab saya ni juga ada resdung. Selalu la srottsrettt srottsrettt hidung sumbat, hidung gatal, hidung berair suara pun macam Mark Strong.

Dan sejak sebulan lepas lah saya semput, penat. Tapi tak serius pun. Keluaq main panas, satgi ok la.

Tp lately dalam 2 minggu ni penat koi teruk. Tak bernafas macam biasa dah. Pernafasan berbunyi. Wheezing sepanjang masa. Bernafas pun sangkut2. Tebaih pokok pisang yang batang gebu lembut pun penat macam tumbangkan seekor lembu korban.

Wife kat rumah dah tak larat berletiaq ( leter ). Pantang suami dengaq cakap bini. Setiap kali dia suruh p check hospital, lagi kuat saya resists. Lagi suruh. Lagi tu la takmau p hospital.

Semalam makan pun dah tak boleh go. Makan sambil bernafas sangkut2. Tidur malam pun letih. Berpeluh dah. Bangun tidur di ruang tamu. Tak boleh lena. Lepas ja Subuh tadi, nekad mandi bersiap nak p hospital. Wife bangun tengok dah hensem bersiap, baru saya habaq nak p check up di hospital. Keputusan saya sendiri. Bukan dia. Haha.

By the time sampai hospital, habaq kata penat. Depa terus masukkan dalam bilik nebuliser. Ambik neb. Lepas sekali. Dua kali. Lepas dua kali, doc kata ni bukan penat biasa dah.

Masuk la pulak bilik pengasingan di wad kecemasan. Masa ni ada rasa cuak sikit. Semua Dr dan Nurse pakai full suit PPE siap face shield. Mesin apa ntah ECG ka CTG ka, tong oksigen pun ada, cucuk buat line drip. Masukkan ubat. Oksigen pun depa masukkan ke hidung. Sampel darah ambil. Swab test for COVID19 pun depa buat. Terus hantar ke Penang untuk result. Harapnya negatif lah.

Lepas abeh ubat, Dr check peparu still kecut. Takdak tanda mengembang ke normal. Heart rate tinggi sangat katanya. Jantung kerja keras sebab peparu kecut.

Depa marah drive mai sendiri ke hospital. Saya mana nak tau. Saya siap bawak lori ke sana ke sini. Ok ja.

Dari situ, Dr decide untuk masukkan ke ward. Sebab tiada tanda peparu back to normal dalam masa terdekat. Depa kata ubat tadi kuat dah. Sakit betoi masa drip masuk ubat tadi tu. Tak pernah drip rasa sakit sebelum ni.

Cut story short, depa siapkan untuk naik ward pengasingan suspected COVID. Depa tolak katil terus naik ke wad. Sepanjang laluan katil, ramai betoi mata memandang. Ternganga tengok macam hantu mak lampir pun ada rambut mengerbang tak terurus atas katil. Dr escort woo. Dr cun pulak tu. Tapi tak nampak la sangat. Pakai face mask dan face shield. Saya assume ja cun.

Sepanjang laluan naik ke wad, ada team sanitize laluan katil saya sampai lah ke wad. Respect semua team FRONTLINERS! Berpeluh2 tengok depa dalam full suit tu.

Dan di dalam wad, depa tempatkan di bilik hujung sekali. Bilik muat 4 pesakit. Tapi hanya 1 pesakit saja ditempatkan. Tidak boleh berkongsi bilik. Bilik luas. Aircond depa tutup. Tingkap depa bukak. Depa sediakan hanya sebijik kipas berdiri di tepi katil.

Apa yang anda bawak masa mai tadi, itu ja yang ada di sisi. Barang dari luar nak bawak masuk TAK BOLEH. Barang dari dalam wad nak bawak keluar pun tak boleh, walaupun hanya sebatang pen di dalam poket saya. Semua WAJIB ada dalam ward.

Dalam wad ni, sebijik rasa macam kena penjara. Tadi langkah keluar setapak dari bilik, terus nurse hambat masuk. Lepas hambat masuk, dia cakap dari luar bilik ja. Dia kata selagi result tak keluar, jangan sesekali keluar bilik. Respect pada depa sekali lagi. Betapa patuh pada SOP. Cakap pun elok. Tapi tegas. Macam mak2 jaga anak. Haa macam tu la.

Itu serba sedikit pengalaman sebagai suspected covid19 patient. La ni menghitung waktu tunggu keputusan. Semoga negative. Kat rumah banyak lagi ketupat dan rendang tunggu dihabiskan.

Anda yang ada simptom, sila segera datang hospital untuk pemeriksaan. Saya ada simptom sesak nafas, tapi tidak batuk dan tidak demam.

So better p check.

Kredit Nazri Ahmad


Pautan Facebook :-

https://www.facebook.com/497999146921807/posts/2864851193569912/

Sekian.