PENGHARGAAN BUAT WARGA PSIKIATRI HOSPITAL PULAU PINANG
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga staff di Jabatan Psikiatri Hospital Pulau Pinang kerana bertungkus lumus memastikan pesakit mendapat perhatian dan maklumat sewajarnya mengenai penyakit yang dihadapi. Di kala kerisauan makin meningkat di pandemik COVID-19, saya ingin mendoakan agar keselamatan dan kesihatan warga jabatan terjaga demi menangani pesakit-pesakit yang meningkat bilangannya dari sudut anxiety dan depression sebagainya. Semoga diberi kekuatan untuk menghadapi bebanan tambahan ini di saat kekalutan dan panik.
Lebih spesifik, jutaan terima kasih kepada Pakar Psikiatri Dr Christabel yang telah meluangkan masa secukupnya setiap kali temujanji dan berusaha mempermudah urusan saya mendapatkan keredaan dari beban kewangan untuk mendapatkan ubatan yang berkesan.
Diharap maklum balas ini dapat meningkatkan motivasi dan semangat serta mutu kerja oleh warga jabatan psikiatri sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini. Anda layak mendapat penghargaan daripada rakyat dan andalah wira negara!
Terima kasih.
Muhammad Mokhzani bin Ismail
sUMBER : SisPAA