PENGALAMAN PESAKIT/PENGHARGAAN DI SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SisPAA)
MASALAH KULIT DAN LUKA
Bapa saya menghadapi masalah kulit di tapak kaki dan luka di betis kanan kaki.Kami telah berjumpa dan mendapat rawatan di pelbagai klinik tetapi ia tidak sembuh.Kami berjumpa dengan Dr.Kumaraguru di hospital Pulau Pinang pada 22 November dan beliau melayan kamo dengan mesra dan memahami masalah kami sekian lama.Beliau terus membuat surat ke Klinik Pakar Kulit. Kami berjumpa dengan doktor disana.Mereka mengambil sampel luka dan sampel kulit tapak kaki.Mereka memberi ubat dan nasihat kepada bapa saya.Layanan mereka sangat puas.Kami berjumpa kembali Dr pakar kulit pada 23.12.19.Luka bapa dan masalah kulit agak sembuh dan ada perubahan.Kami ingin berterima kasih kepada Dr.Kumaraguru dan Doktor pakar klinik kulit atas jasa dan komitmen mereka dalam perkhidmatan.
Thiyagu Subramaniam |
Sumber : SisPAA