From: Naima Gany <sdnaima2003@yahoo.com>; <Back
Sent: Wednesday, July 22, 2020 1:35 PM
To: ADMIN JKN PENANG
Subject: Penghargaan kepada jururawat di Klinik Komuniti Jalan Perak, Pulau Pinang
Sent: Wednesday, July 22, 2020 1:35 PM
To: ADMIN JKN PENANG
Subject: Penghargaan kepada jururawat di Klinik Komuniti Jalan Perak, Pulau Pinang
Assalamualaikum,
Nama saya Naima Gany binti Shaik Dawood (KP: 551125-07-5112) beralamat di No. 1G, Lorong Delima 13, Island Glades, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengutarakan setinggi tinggi terima kasih kepada seorang Jururawat yang bernama FARHANA BINTI SUPIAN yang bertugas di Zon 2, Klinik Komuniti Jalan Perak, Pulau Pinang atas tindakan pantas Jururawat tersebut yang telah menyelamatkan Abang Sulong saya (ABBAS GANY BIN SHAIK DAWOOD) yang berumur 74 tahun semasa kami berada di Klinik tersebut untuk appointment Abang saya pada jam 11.30 pagi, Hari Rabu 15hb Julai 2020.
Semasa kami menunggu untuk nombor giliran Abang saya dipanggil, Abang saya telah merasa pening, mata mula kabur, badan mula menggigil dan muka mula nampak pucat amat sebab dia sudah mula masuk keadaan hypoglycaemia (gula dalam darah turun teramat sangat).
Saya pun bergegas ke meja Jururawat tersebut untuk bertanya sama ada kantin Klinik ini sudah bukak ke belum (lepas PKP). Dia bagi tahu saya bahawa kantin sudah tutup terus.
Saya pun ceritakan tentang keadaan Abang Sulong saya, dan Jururawat tersebut, tanpa membuang masa, terus bangun dari tempat duduknya, dan lari ke arah Reception. Tak sampai satu minit pun, dia lari balik ke arah saya dan memberikan satu bungkusan kuih dan cawan kertas untuk mengambil minuman air dari water cooler di situ.
Saya pun dengan segera, memberikan kuih itu kepada Abang saya dan beliau dengan cepat-cepat, makan kuih tersebut. Selepas beberapa keping kuih dah dimakan, keadaan Abang saya telah pulih kepada sediakala.
Kalau tidak kerana tindakan pantas Jururawat tersrbut FARHANA BINTI SUPIAN, sudah tentu Abang saya akan pengsan di situ juga dalam keadaan hypoglycaemia.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jururawat tersebut, dan merakamkan pernghargaan saya dan Abang Sulong saya ABBAS GANY BIN SHAIK DAWOOD atas bantuan pantas dari Jururawat ini.
Di sini juga, saya ingin mencadangkan supaya pihak KKM menyediakan Drinks and Food Dispensing machine dengan harga yang berpatutan di semua Klinik-Klinik kerajaan, seperti yang disediakan di Hospital-Hospital Swasta di merata rata premis Hospital-Hospital tersebut, untuk memudahkan pesakit-pesakit membeli untuk makanan dan minuman dari mesin tersebut jika mereka lapar atau dahaga atau terjadi keadaan hypoglycaemia sepertimana yang telah berlaku kepada Abang saya, sebab ada masanya Klinik penuh dan masa menunggu giliran agak lama jugak.
Sekian sahaja daripada saya.
Yang ikhlas,
NAIMA GANY BINTI SHAIK DAWOOD
Tel: 016-3968319
012-2883657
04-6568319