
Kami percaya ada antara kita pernah beli ubat di Internet. Lagi menyedihkan kesannya tidak seperti yang diiklankan. Indah khabar dari rupa bak kata orang.. bila tanya penjual, mereka kata kesan berbeza kepada setiap individu.. Itulah taktik penjual yang tidak bertanggungjawab.
Jika anda lihat pada kenyataan superlatif atau bombastic dari pengiklan seperti:-
TERBUKTI BERKESAN!
SIHAT DALAM MASA 3 HARI!
AJAIB! TIADA UBAT SEHEBAT INI!
MUJARAB! TIADA KESAN SAMPINGAN!
TAHAN LEBIH LAMA
SEMBUH SEPENUHNYA
KURUS TANPA BERLAPAR
Berhati-hati terhadap tuntutan iklan ubat yang berlebihan!
Semak sama ada iklan tersebut ada KKLIU atau tidak.
Jadilah pengguna bijak!
Infografik disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
#biarbetuliklanni
#adaKKLIUbaruOK
#jualubatberdaftar
Maklumat lanjut sila layari : www.pharmacy.gov.my