Kawalan Membawa Masuk/ Mengimport Produk Kesihatan Termasuk Ubat-Ubatan, Vitamin, Suplemen Kesihatan Dan Produk Tradisional Serta Produk Kosmetik Untuk Kegunaan Peribadi Melalui Kurier Atau Bungkusan Antarabangsa

 

 

Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan - Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 adalah Akta dan Peraturan yang mengawal pengimportan produk kesihatan termasuk ubat-ubatan, vitamin dan produk tradisional serta kosmetik ke Malaysia. Hanya produk kesihatan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta kosmetik bernotifikasi dengan KKM dibenarkan untuk diimport/ dibawa masuk dan pengimportan perlu dilakukan oleh pengimport yang mempunyai lesen atau pemegang notifikasi. Maklumat status pendaftaran produk kesihatan atau notifikasi kosmetik di Malaysia boleh disemak di bawah carian maklumat produk pada laman web http://www.npra.gov.my.

 

Pemakluman ini dibuat memandangkan ramai yang tidak menyedari bahawa  mengimport produk kesihatan tidak berdaftar dengan KKM atau kosmetik tidak bernotifikasi dengan KKM untuk kegunaan sendiri melalui kurier atau bungkusan antarabangsa adalah tidak dibenarkan dan melanggar peruntukan undang-undang di Malaysia dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 25,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh diajukan melalui e mel kepada pelesenanbpf@moh.gov.my atau hubungi talian 03-7841 3200/ 3320.

 

Kawalan Pintu Masuk

 

 

Pautan : Kawalan Membawa Masuk/ Mengimport Produk Kesihatan Termasuk Ubat-Ubatan, Vitamin, Suplemen Kesihatan Dan Produk Tradisional Serta Produk Kosmetik Untuk Kegunaan Peribadi Melalui Kurier Atau Bungkusan Antarabangsa

 

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
28 Mac 2025