Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian

1 Web banner kempen

Trend penjualan ubat dalam talian semakin meningkat. Keadaan ini secara tidak langsung akan mendedahkan masyarakat kepada:

  1. Penjualan ubat tiruan atau ubat tidak berdaftar yang mungkin boleh mengancam nyawa
  2. Promosi and pengiklanan ubat tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat serta iklan yang mengelirukan pembeli
  3. Penjualan ubat oleh penjual yang tidak berlesen

Untuk mengatasi masalah ini, pengguna diingatkan untuk membeli produk yang berdaftar serta iklan ubat yang mempunyai KKLIU.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/mini-site/waspada-belian-ubat-online

 

 

- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pulau Pinang -