MAJLIS PERASMIAN UNIT PERLINDUNGAN SINARAN (UPS) DAN MAKMAL BERSEPADU IMS HOSPITAL PULAU PINANG

Tarikh : 01 April 2026 (Rabu)
Masa : 12:00 tengah hari
Tempat : Unit Perlindungan Sinaran (UPS) & Makmal Bersepadu IMS, Tingkat 4, ACC, Hospital Pulau Pinang.
Satu lagi mercu tanda kejayaan Hospital Pulau Pinang (HPP) telah tercipta hari ini!
Telah berlangsung Majlis Perasmian Unit Perlindungan Sinaran (UPS) dan Makmal Bersepadu IMS yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Fazilah Binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang bertempat di Bangunan ACC, HPP.
Penubuhan UPS dan Makmal IMS ini merupakan langkah proaktif dalam memperkukuhkan aspek keselamatan sinaran bagi pesakit, kakitangan, dan orang awam.
Mengapa UPS Penting?
Unit ini memastikan penggunaan sinaran di hospital berada pada tahap yang selamat, terkawal dan mematuhi piawaian (Akta 304):
Kawalan pendedahan sinaran kepada pesakit, staf & Orang awam.
Pemantauan rapi peralatan sinaran secara berkala.
Pematuhan ketat kepada keperluan lesen & peraturan.
Latihan berterusan berkaitan keselamatan radiasi.
Makmal Bersepadu IMS pula bertindak sebagai pusat analisis dos sinaran bagi pekerja sinaran, memastikan kebajikan dan kesihatan warga kerja kita sentiasa terpelihara. Makmal IMS ini juga dijangka akan menjalani audit untuk akreditasi MS ISO/IEC 17025 pada hujung bulan April ini, sebagai langkah penting ke arah memastikan kualiti, ketepatan dan kebolehpercayaan analisis yang dijalankan. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai hub penyelidikan dalam bidang metrologi sinaran, sekali gus memacu inovasi dalam fizik perubatan KKM.
Tahniah kepada seluruh pasukan yang menjayakan inisiatif ini! Syabas HPP!
#HospitalPulauPinang #JKNPulauPinang #KKM #KeselamatanSinaran #UPS #MakmalIMS #KesihatanAwam #PenangHealth #StandardISO