Salam sihat gusi. 😊
Sebelum ini kami telah kongsikan info mengenai penyakit gusi gingivitis. Apakah akan terjadi sekiranya gingivitis tidak dirawat?
Gingivitis yang tidak dirawat akan menyebabkan penyakit gusi terus berlanjutan dan akan merebak sehingga memusnahkan struktur periodontium, termasuklah ligamen periodontium dan tulang alveolus yang penting untuk menyokong gigi.
Penyakit gusi pada tahap ini dinamakan, PERIODONTITIS. Untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari laman muka buku BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN PULAU PINANG.