PENGENALAN
Jabatan Farmasi menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal (pharmaceutical care) kepada pelanggan/pesakit di hospital serta mengawal penggunaan ubat secara rasional bermula dari proses perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan kepada wad-wad dan unit-unit di hospital. Lokasi Jabatan Farmasi merangkumi aras bawah di blok utama bangunan lama Hospital Balik Pulau yang menempatkan Unit Farmasi Klinik Pakar, Unit Farmasi Pesakit Dalam & Pengeluaran, Unit Farmasi Pengurusan & Sumber Maklumat, Unit Farmasi Perkhidmatan Farmakoterapi dan Unit Farmasi Logistik manakala Farmasi Satelit Ambulatori berada di Jabatan Kecemasan (blok bangunan baharu). Pengurusan keseluruhan jabatan ini adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan Farmasi.

PIAGAM PELANGGAN
1) Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
2) Memastikan pembekalan ubat-ubatan yang betul ke wad atau unit bagi preskripsi atau pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam.
3) Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
4) Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 14 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.

VISI
Menerajui perkhidmatan klinikal sokongan yang berkualiti, selamat dan efisien.

MISI
Memastikan keselamatan pesakit dalam semua proses penggunaan ubat.

OBJEKTIF
• Menguruskan perolehan dan pembekalan ubat dan bukan ubat dengan penuh integriti.
• Menyampaikan penjagaan farmaseutikal yang selamat, efektif, cepat dan tepat.
• Meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui budaya kerja yang produktif, kreatif dan inovatif.