Hemodialisis,Hospital Balik Pulau merupakan satu-satunya pusat rawatan dialisis milik Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak dalam Daerah Barat Daya.Pulau Pinang. Beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 7 pagi hingga 9 malam dan tutup pada hari Ahad.
Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut :
i. Memberi rawatan hemodialisis kepada pesakit End Stage Renal Failure(ESRF) yang terdiri daripada pesakit tetap,pesakit tumpang,pesakit dalam serta pesakit baru.
ii. Mendaftarkan pesakit ESRF di dalam ‘Cadaveric Donor’ dengan system elektronik e-MOSS dan mengemaskini data dan maklumat pesakit setiap 6 bulan sekali.
iii. Menguruskan temujanji pesakit tetap untuk rawatan susulan di Klinik Nefrologi,Hospital Pulau Pinang dan juga Klinik Nefrologi di Hospital Balik Pulau.
iv. Memasukkan data annual reten dalam system E-NRR setiap tahun.