PERUTUSAN PENGARAH HOSPITAL BALIK PULAU
Salam Sejahtera,
Hospital Balik Pulau (HBP) merupakan sebuah hospital tanpa pakar yang terletak di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang yang kini menempatkan 72 katil. Namun demikian, HBP juga merupakan Non-lead Hospital bagi Hospital Kluster Pulau bersama Lead Hospital iaitu Hospital Pulau Pinang (HPP). Oleh yang demikian, perkongsian perkhidmatan dan kepakaran ini membolehkan HBP terus maju ke hadapan dalam penyampaian rawatan meliputi biologi, psikologi, sosial dan spiritual yang lebih bermutu serta effisien buat masyarakat di Daerah Barat Daya khususnya dan Pulau Pinang amnya.
Selain itu, fasiliti-fasiliti di HBP juga dipantau secara rapi dan berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pesakit, warga kerja dan orang awam terpelihara. HBP juga merupakan hospital yang berkonsepkan dalam taman dan cekap tenaga ke arah kelestarian hijau bagi mendokong hala tuju yang kalis masa hadapan.
Oleh yang demikian, pihak HBP berharap agar kesinambungan inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan ini dapat diperluaskan lagi untuk kebaikan bersama. Maka, marilah kita berganding bahu dalam mempertingkatkan mutu kesihatan di kalangan masyarakat dengan menjalankan peranan masing-masing samada warga kerja kesihatan ataupun bukan dalam memastikan perkhidmatan yang berkesan, berkualiti dan penyayang.
Sekian, terima kasih.
Pengarah Hospital Balik Pulau