PENGENALAN

Unit Radiologi Hospital Balik Pulau merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal. Unit ini mula beroperasi pada bulan Mac 1987. Selama 8 tahun Juru X-Ray Hospital Pulau Pinang datang bertugas 3 kali seminggu di hospital ini. Bermula pada bulan Februari 1995, berikutan terdapatnya keperluan semasa yang berterusan, seorang Juru X-Ray telah ditempatkan untuk bertugas tetap di hospital ini.