Jabatan Pesakit Luar
Jabatan Pesakit Luar adalah diibaratkan seperti sebahagian dari tulang belakang sesebuah hospital. Ia membantu dalam memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit yang memerlukan Jabatan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau merupakan salah satu pintu masuk utama ke Hospital Lokasi bangunan terletak bersama dengan bangunan bahagian pentadbiran di mana Jabatan Pesakit Luar berkedudukan di bahagian aras bawah manakala bahagian pentadbiran beroperasi di aras atas. Di dalam aras bawah juga bersama- sama beberapa Unit yang turut sama beroperasi seperti Unit Rekod, Jabatan Patologi dan Jabatan Farmasi yang menjadikan operasi di jabatan pesakit luar di dalam satu bangunan. Bersebelahan dengan jabatan pesakit luar juga ada menempatkan Unit Pulih Cara kerja Objektif Program Memberikan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan secara profesional, cepat, tepat, berkesan dan berkualiti. Pesakit yang memerlukan rawatan lanjut akan dimasukkan ke wad Memberikan pemeriksaan perubatan kepada orang awam dan juga termasuk kepada bakal- bakal haji Merujuk kes pesakit luar ke hospital pulau pinang untuk rawatan kepakaran dan juga pakar yang melawat mengikut jadual yang telah ditetapkan.