PROGRAM GORO MADANI BERSAMA AHLI LEMBAGA PELAWAT (ALP) HOSPITAL BALIK PULAU, PULAU PINANG

BALIK PULAU, 18 Oktober 2024 (Jumaat) - GORO Madani merupakan satu (1) program gotong-royong yang diilhamkan oleh YBrs. Dr. Nukman bin Hussain, Pengarah Hospital Balik Pulau (HBP) dan Encik Mohd. Shukeri bin Md. Zain, Ketua Unit Pengurusan selaku Penyelaras program GORO MADANI pada kali ini.
Program ini adalah merupakan kerjasama bersama Ahli Lembaga Pelawat (ALP), Hospital Balik Pulau (HBP), Pulau Pinang. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara semua kakitangan/anggota Hospital di samping menyemai budaya menyayangi alam sekitar dengan mengekalkan persekitaran Hospital yang bersih dan selamat.
Agenda program dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin yang dijalankan pada setiap pagi Jumaat di Surau Asy-Syakirin, HBP. Taklimat ringkas berkaitan dengan program serta perasmian telah dijalankan di Laman Tropika HBP oleh YBrs. Dr. Nukman bin Hussain, Pengarah Hospital Balik Pulau (HBP) dan YBrs. Haji Bakar bin Nordin, Pengerusi ALP, Hospital Balik Pulau (HBP) seterusnya disusuli dengan acara penyerahan sumbangan dari pihak ALP untuk kegunaan pesakit.
Program diteruskan dengan pembahagian tugasan peserta mengikut zon dan tugasan dari aspek kebersihan dan kekemasan kawasan kerja berjaya diselesaikan tepat jam 12.00 tengah hari.