Cawangan Penguatkuasaan Farmasi

Penguatkuasaan Farmasi berperanan untuk memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi. Ia juga berfungsi untuk memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk tersebut (termasuk juga perkhidmatan perubatan) dan penggunaanya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang terlibat. Usaha ini dilakukan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pencegahan, kawalan melalui pelesenan, aktiviti pemantauan dan juga aktiviti peningkatan kesedaran pengguna untuk menurunkan permintaan terhadap produk yang tidak selamat atau membahayakan.

 Objektif:

Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan iklan ubat dan perkhidmatan perubatan mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dan juga meningkatkan kesedaran pengguna ke atas pengunaan ubat yang berdaftar.

 Undang-undang dan Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh Cawangan ini ialah :

  • Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951
  • Akta Racun 1952 (disemak 1989) dan Peraturan-peraturan
  • Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
  • Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 dan Peraturan-peraturan

 Unit Siasatan & Pendakwaan

  • Memantau perjalanan aktiviti siasatan bagi kes-kes berkaitan keluaran farmaseutikal, racun dan bahan kimia yang dikawal di bawah Akta-akta yang dikuatkuasakan.
  • Mengendalikan pendakwaan dan perbicaraan kes-kes di mahkamah berdasarkan Akta-akta yang dikuatkuasakan.
  • Menjalankan siasatan bagi kes-kes berkaitan pengiklanan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan.
  • Mengendali ekshibit/barang rampasan dan stor ekshibit dengan selamat dan teratur
  • Menutup kes siasatan tanpa tindakan lanjut (No Further Action).
  • Mengendalikan penutupan kertas siasatan yang selesai pendakwaan.
  • Menjalankan pelupusan ke atas ekshibit/barang rampasan.
  • Melaksana aktiviti digital fotografi dan pengurusan bilik digital fotografi.

 Unit Perisikan & Operasi

  • Menjalankan risikan berdasarkan maklumat yang diterima/diperolehi.
  • Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang produk-produk tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi.
  • Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang racun, bahan psikotropik, bahan kimia dan ubat-ubat terkawal yang beroperasi tanpa lesen yang sah.
  • Menjalankan aktiviti audit ubat-ubat terkawal
  • Mengendalikan aduan dan maklumat berkaitan perlanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan.
  • Menjalankan persampelan ke atas produk dan kosmetik di pasaran.
  • Menjalankan operasi sekatan jalanraya (SJR).
  • Menjalankan pemprofilan ke atas media baru.
  • Mengendalikan rampasan peranti digital.
  • Melaksana saringan ke atas penjualan keluaran farmaseutikal dan kosmetik di media baru.

 Unit Pelesenan

  • Memproses lesen/permit/kebenaran merangkumi aktiviti penjualan, penggunaan dan pengimportan bagi racun, dadah berbahaya, bahan psikotropik,bahan terkawal dan bahan kimia prekursor.
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang dilesenkan di bawah Akta yang dikuatkuasakan, premis tidak berlesen dan premis berdaftar.

 Unit Kawalan Pintu Masuk

  • Melaksana aktiviti saringan konsaimen, pemeriksaan fizikal, dan rampasan di pintu masuk.
  • Melaksana aktiviti pemeriksaan bagasi, pemeriksaan fizikal, dan rampasan penumpang di terminal penumpang.
  • Melaksana dan membuat permohonan kolaborasi/ pemeriksaan khas dari agensi lain
  • Melaksana cadangan terhadap semua rayuan yang diterima mengenai aktiviti penguatkuasaan farmasi.

 Unit Kawalan Iklan & Perkembangan Penguatkuasaan Farmasi (KIPPF)

  • Menyelaras keperluan peruntukan kewangan dan perbelanjaan bagi aktiviti di bawah Unit/ Cawangan
  • Menyelaras dan melaksanakan keperluan aset bagi Unit/ Cawangan
  • Melaksana sasaran kerja dan penetapan hala tuju penguatkuasaan farmasi dan pelaporan data statistik dan kualiti.
  • Menyelaras perancangan aktiviti dan latihan penguatkuasaan farmasi.
  • Memantau iklan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi
  • Menjalankan aktiviti kesedaran kepenggunaan.
  • Mengumpul dan menyelaras statistik penguatkuasaan farmasi dan memantau aktiviti berkaitan kualiti dan inovasi penguatkuasaan farmasi.