Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi
Cawangan Amalan Dan Perkembangan Farmasi Negeri Pulau Pinang berfungsi untuk memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui Amalan Farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan Perkhidmatan Farmasi di Negeri Pulau Pinang supaya seiring dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia.
| 1. | Unit Penjagaan Farmaseutikal | ||
| i. | Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti program farmasi di hospital dan klinik | ||
| kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan penyediaan, pembekalan dan pendispensan ubat yang tepat serta selamat kepada pesakit. | |||
| ii. | Merancang, memperkembangkan dan menyelaras perkhidmatan penjagaan farmaseutikal seperti | ||
| kaunseling ubat-ubatan, Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) dan perkhidmatan farmasi klinikal kepada pesakit. |
|||
| iii. | Menyelaras Audit Dalaman Amalan Farmasi (ADAF) dan lawatan penyeliaan ke atas fasiliti farmasi di | ||
| hospital dan klinik kesihatan KKM. | |||
| iv. | Memperkukuhkan aspek keselamatan pengubatan pesakit melalui pelaporan kesan advers ubat, kesilapan | ||
| pengubatan dan sebagainya. | |||
| v. | Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti pendidikan ubat-ubatan kepada orang awam. | ||
| 2. | Unit Farmasi Logistik | ||
| i. | Menyelaras dan mengawal selia aktiviti pengurusan stok dan peruntukan ubat serta barangan bukan ubat | ||
| agar sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran. | |||
| ii. | Merancang dan memantau pelaksanaan kajian dan penyelidikan (R&D) yang dilaksanakan oleh fasiliti | ||
| farmasi KKM di Negeri Pulau Pinang. | |||
| iii. | Menyelaras pelaksanaan Pharmacy Information System (Phis) dan Clinic Pharmacy System (CPS) di hospital | ||
| dan klinik kesihatan KKM Negeri Pulau Pinang. | |||