Cawangan Pengurusan Farmasi

Cawangan Pengurusan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar perkhidmatan farmasi dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan dan berterusan dilakukan, sistem kualiti diterap dan diamalkan di dalam perkhidmatan di setiap peringkat serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan yang mantap dilakukan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Antara bidang kerja di Cawangan Pengurusan Farmasi adalah:

  • Latihan dan Pembangunan
  • Pengurusan Kewangan (Pejabat)
  • Aset dan Pembangunan
  • Pengurusan Sumber Manusia Farmasi Negeri
  • Pengurusan Aktiviti Kualiti dan Maklumat Farmasi

 

PENGURUSAN FARMASI NEGERI

Perjawatan Secara amnya, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri adalah bertanggungjawab ke atas perancangan dan pengurusan sumber manusia bagi tiga (3) kategori perjawatan utama iaitu Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi dan Pembantu Tadbir di samping beberapa jawatan anggota sokongan.

 

Menguruskan Sumber Kewangan , yang diperuntukan.

Latihan Bahagian Farmasi Negeri bertanggungjawab menganjurkan latihan berbentuk bengkel, kursus, seminar dan program CPD (Continuing Professional Development) di peringkat negeri dengan kerjasama Jabatan Farmasi Hospital/Kesihatan secara sistematik dan berterusan untuk anggota-anggota farmasi seluruh negeri Pulau Pinang.