PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dalam keadaan pandemik COVID 19 semasa penerapan norma baru menjadi keutamaan. Penggunaan teknologi merupakan salah satu penyelesaian terbaik bagi mengelakkan penularan wabak berjangkit ini yang mana pada masa yang sama aktiviti ekonomi dan perkidmatan dapat diteruskan. Penggunaan teknologi tidak dapat dinafikan sebagai satu medium yang penting dalam penyampaian maklumat bagi meneruskan perkhidmatan terutama sekali dalam bidang kesihatan termasuklah di Hospital Balik Pulau (HBP).
Adalah diharap portal ini menjadi antara salah satu saluran penyampaian maklumat antara HBP dengan pemegangtaruh dan menjadi kerjasama antara pihak-pihak terlibat lancar, cepat dan mutu perkhidmatan turut dapat dipertingkatkan.
HBP memandang kehadapan dalam meningkatkan penggunaan teknologi dalam urusan harian dan menambahbaik fasiliti teknologi maklumat ke tahap yang lebih baik dari masa ke semasa.
Sekian terima kasih
DR HASSANIN HUSSEYNE HILMI BIN MOHD KHALID
PENGARAH HOSPITAL BALIK PULAU