𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐊𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐑𝐄𝐒𝐔𝐒𝐈𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐓𝐀𝐉𝐀𝐌
𝟕 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚, 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐭𝐚𝐣𝐚𝐦
Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Bukit Mertajam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐚𝐧𝐠 𝐂𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐨𝐧𝐠 serta 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐑𝐞𝐝 𝐂𝐫𝐞𝐬𝐜𝐞𝐧𝐭 (𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐢𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚) atas sumbangan manikin untuk kegunaan latihan resusitasi kepada 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐞𝐬𝐮𝐬𝐢𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐭𝐚𝐣𝐚𝐦.
Sumbangan ini amat bermakna dalam menyokong usaha berterusan hospital untuk memperkukuhkan latihan, kompetensi dan kesiapsiagaan anggota kesihatan, khususnya dalam pengurusan kecemasan dan resusitasi.
Manikin yang disumbangkan akan dimanfaatkan bagi tujuan 𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐂𝐏𝐑, 𝐬𝐢𝐦𝐮𝐥𝐚𝐬𝐢 𝐫𝐞𝐬𝐮𝐬𝐢𝐭𝐚𝐬𝐢 serta sesi pembelajaran dan pengukuhan kemahiran dalam kalangan anggota hospital. Ia turut akan dimanfaatkan untuk latihan kakitangan persatuan NGO yang banyak membantu dalam kelancaran perkhidmatan jabatan, khususnya dalam aspek 𝐏𝐫𝐞-𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐂𝐚𝐫𝐞.
Semoga kerjasama dan sokongan berterusan daripada 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐢𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 dapat memberi impak positif terhadap peningkatan kualiti latihan serta seterusnya menyumbang kepada keselamatan dan keberhasilan rawatan pesakit.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan serta komitmen dalam menyokong budaya latihan dan 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭. ![]()
