Pengenalan
Unit Kualiti Hospital Bukit Mertajam ditubuhkan pada tahun 2003 bertujuan untuk menyelaras perlaksanaan semua aktiviti kualiti termasuk MS ISO. Unit ini diketuai oleh Penyelaras Kualiti UD54 dan dibantu oleh 3 orang Pegawai Perubatan, seorang Ketua Jururawat U32 serta seorang Jururawat Terlatih U32 (TBK) di mana Pengarah Hospital bertindak sebagai Penaung. Selain itu bagi memantapkan lagi perjalanan unit ini, penyelaras-penyelaras juga dilantik dari setiap unit/jabatan bagi setiap aktiviti kualiti yang dijalankan.
Objektif
- Menyelaras dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti di hospital.
- Mengenalpasti masalah dalam struktur kualiti serta sumber manusia dan mewujudkan langkah-langkah penambahbaikan supaya perkhidmatan ataupun produk yang dihasilkan berkualiti serta memenuhi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia
Perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang ditawarkan di jabatan ini adalah :
- Mengawasi, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di hospital yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Menyelaras perlaksanaan dan dokumentasi bagi aktiviti peningkatan kualiti di hospital.
- Menyelaras dalam pengumpulan data berkaitan kualiti untuk disemak dan dianalisa.
- Menjadi resource persondi hospital mengenai aktiviti peningkatan kualiti.
- Menganalisa , mengenalpasti dan menjalankan penilaian terhadap keberkesanan serta masalah-masalah di hospital dalam mencapai standardsyang telah ditetapkan.
- Mengendali dan menguruskan semua urusan dan aktiviti berkaitan pengauditan dan survey yang dijalankan samada dalaman atau luaran.
- Mengadakan mesyuarat kualiti di peringkat hospital untuk membentangkan pencapaian semua data aktiviti kualiti serta membincangkan langkah peningkatan program kualiti.
- Merancang dan menyelaraskan latihan atau echo trainingberkaitan peningkatan kualiti di hospital.