Pada 12 Mei 2026, Hospital Bukit Mertajam telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia di Auditorium HBM dengan tema “Our Nurses, Our Future: Empowered Nurses Save Lives”. Majlis yang berlangsung penuh meriah ini dihadiri oleh Yang Berbahagia Dr. Prashant A/L Subramanian, Pengarah Hospital; Dr. Umi Masyitah Bt. Mohd Saidi, Timbalan Pengarah Hospital; YB Senator Dr. Lingeshwaran Dato’ Seri R. Arunasalam; Pn. Yeap Ai Ping, Ketua Penyelia Jururawat; Mr. Ng Yi Cheah, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital; serta Mr. Lor Wooi Seng, Naib Pengerusi PBSM Cawangan Seberang Perai Tengah, bersama pegawai kanan hospital, jururawat yang dirai, dan hadirin sekalian. Sambutan ini bertujuan menghargai jasa jururawat dengan ucapan pembukaan menekankan kepentingan kerjasama berpasukan dan peranan jururawat sebagai tulang belakang sistem kesihatan. Majlis turut diserikan dengan acara pemotongan kek sebagai simbolik penghargaan, pemberian cenderahati kepada jururawat- jururawat HBM, Sijil Anugerah Cemerlang kepada staf yang menunjukkan prestasi yang cemerlang, serta persembahan koir oleh Kumpulan Koir Lestari yang menghiburkan hadirin.