MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL BUKIT MERTAJAM (HBM) BAGI BULAN APRIL TELAH DIADAKAN PADA 10 APRIL 2026 (JUMAAT)
Perhimpunan bulanan Hospital Bukit Mertajam (HBM) bagi bulan April telah diadakan pada 10 April 2026 (Jumaat). Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh gabungan dua (2) Unit iaitu dari Unit Kualiti & Unit Kawalan Infeksi, Hospital Bukit Mertajam dengan berpakaian sukan sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia, yang bertempat di Auditorium Seri Mertajam, Hospital Bukit Mertajam.
Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dan tayangan video kesihatan dari World Health Organization (WHO). Majlis diteruskan dengan kata-kata semangat dari Pengarah Hospital Bukit Mertajam (HBM), YBrs. Dr. Prashant Subramanian. Dalam ucapannya, beliau menggalakkan semua kakitangan hospital dalam menjalani kehidupan sederhana dengan Vitamin C (Compassion atau belas kasihan) dan Vitamin G (Gratitude atau kesyukuran) dan keseimbangan dalam kerja. Beliau juga memaklumkan cadangan pembangunan blok baru, halatuju dan perancangan HBM pada masa hadapan.
Majlis dimeriahkan lagi dengan senamrobik dari Unit Kualiti & Unit Kawalan Infeksi bersama-sama semua kakitangan hospital yang menghadiri perhimpunan pagi.











