Pada 𝟏𝟎 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚), 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐇𝐚𝐥 𝐄𝐡𝐰𝐚𝐥 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦, 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐭𝐚𝐣𝐚𝐦 (𝐇𝐁𝐌) dengan kerjasama 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐀𝐧-𝐍𝐮𝐫 telah menganjurkan 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐓𝐚𝐭𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐌𝐞𝐫𝐭𝐚𝐣𝐚𝐦 bagi 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 sempena sambutan 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇.

Seramai 𝟒𝟐 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 telah menyertai kursus ini. Bersempena dengan penganjuran kursus tersebut, sebanyak 𝟐 𝐞𝐤𝐨𝐫 𝐥𝐞𝐦𝐛𝐮 telah dikorbankan. Daging korban telah diagihkan seperti berikut: sebahagian disedekahkan kepada 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐬𝐧𝐚𝐟 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤, sebahagian lagi dihadiahkan, manakala selebihnya diagihkan kepada 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧.

Para peserta turut 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠-𝐫𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 dalam penyediaan juadah kenduri sempena program ini. Aktiviti seumpama ini bukan sahaja menyemarakkan suasana, malah turut mempererat 𝐬𝐢𝐥𝐚𝐭𝐮𝐫𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 dan menyemai 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 dalam kalangan warga Hospital Bukit Mertajam.

Penganjuran kursus ini diharap dapat 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐭𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 kakitangan terhadap 𝐭𝐚𝐭𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡 di sisi syarak serta pengurusan ibadah korban secara menyeluruh.