Pada 2 April 2025 (Rabu), YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk meninjau keadaan semasa serta perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh pihak Hospital. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Hospital-hospital di seluruh negara, selain memastikan bahawa sistem perkhidmatan kesihatan dapat terus beroperasi dengan efisien dan berkesan.

Program lawatan bermula dengan sesi taklimat yang dikendalikan oleh YBrs. Dr. Prashant Subramanian, Pengarah Hospital Bukit Mertajam (HBM). Dalam taklimat tersebut, YBrs. Dr. Prashant Subramanian telah memberikan penjelasan mendalam mengenai operasi harian Hospital serta cabaran-cabaran yang dihadapi, serta impak terhadap kelancaran beberapa operasi di Hospital tersebut. Sesi ini juga menyentuh tentang pencapaian dan inisiatif Hospital dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.

Setelah itu, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi meluangkan masa untuk meninjau beberapa Jabatan utama di Hospital, termasuklah Wad Perubatan, Wad Bersalin, Dewan Bedah, Wad Kecemasan, dan Jabatan Radiologi. Semasa lawatan ini, beliau berpeluang untuk melihat sendiri keadaan fasiliti dan kemudahan yang ada serta berinteraksi dengan anggota-anggota Hospital.

Dalam tinjauannya, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi melihat sistem pentadbiran yang diterapkan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) terutamanya dalam aspek kelestarian (sustainability).

Sistem pengurusan yang berfokuskan kepada penggunaan sumber yang cekap dan efektif serta usaha Hospital untuk memastikan kecekapan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan diakui sebagai satu (1) langkah yang positif.

Selain itu, beliau juga turut memberikan perhatian terhadap isu pemberimilikan tanah bagi tujuan pembangunan Hospital. Beliau menyatakan bahawa usaha untuk mendapatkan tanah bagi pembangunan Hospital Bukit Mertajam (HBM) adalah penting bagi memastikan Hospital ini dapat terus berkembang dan memenuhi permintaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat.

487847692 1069947998497059 1371292484149583037 n

487988378 1069947778497081 4150773017555909351 n

487487742 1069947898497069 8735106501425013914 n

487488913 1069947578497101 3393678081337714472 n

487773838 1069947721830420 6051163649135353895 n