Unit Pengimejan dan Diagnostik

 

PENDAHULUAN

Unit Pengimejan Diagnostik Hospital Kepala Batas terletak di Blok Utama berhadapan dengan Bilik Daftar Masuk. Unit ini mula beroperasi pada 1Januari 2003. Ia menyediakan  perkhidmatan sokongan dan kemudahan bagi pemeriksaan pengimejan diagnostik. Selain itu unit ini juga menyediakan perkhidmatan temujanji bagi pemeriksaan yang dilakukan di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang.  

OBJEKTIF 

  • Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik dalam bidang radiologi kepada pesakit-pesakit dalam dan luar hospital.
  • Memberi latihan kepada Juru X-ray pelatih yang menjalankan latihan klinikal di Hospital Kepala Batas.

PERKHIDMATAN 

  • Memberi perkhidmatan pemeriksaan radiologi kepada pesakit
  • Memberi khidmat menguruskan temujanji bagi pemeriksaan yang dilakukan di hospital lain.

Waktu Operasi ( waktu pejabat ) :

Hari Isnin – Khamis                        : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
                                                            2.00 ptg   - 5.00 ptg


Hari Jumaat                                     : 8.00 pagi - 12.15 tengahari
                                                            2.45 ptg  - 5.00 ptg


Hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum    : Tutup

Di luar waktu di atas dikira 'on call'

Untuk temujanji dan keterangan lanjut:

No. tel : 04-5793 333 (ext ; 318)

No. fax: 04-5791088

 

*dikemaskini pada 5 Mac 2020