Unit Patologi Dan Transfusi Darah
Pendahuluan
Jabatan Patologi terletak di Aras 2 Bangunan Hospital Kepala Batas bersebelahan Unit Rekod Perubatan. Jabatan ini terbahagi kepada 6 unit iaitu:-
* Unit Patologi Kimia
* Unit Mikrobiologi
* Unit Hematologi
* Unit Histopatologi [dijalankan di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM, Bertam.]
* Unit Tabung Darah
* Unit Klinikal
Objektif
- Memberi perkhidmatan pendiagnosan yang berkualiti tinggi dan terbaik kepada wad-wad, unit kecemasan, unit rawatan harian, ICU/CCU, klinik pakar dan unit-unit lain yang berkaitan dengan keputusan makmal yang tepat mengikut metodologi analisis pada tahap keyakinan
- Mempertingkatkan dan mengembangkan perkhidmatan selaras dengan perkembangan teknologi perubatan
- Berpegang teguh dengan nilai-nilai murni dan bekerja berpasukan dalam usaha pendiagnosan serta pengurusan rawatan pesakit yang efektif dan efisyen menerusi anggota yang terlatih dan kompeten
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Memberi perkhidmatan ujian-ujian makmal kepada pesakit
- Menyediakan perkhidmatan pungutan darah melalui Program Pendermaan Darah
- Membekalkan darah dan komponen-komponen darah kepada pesakit
Waktu Operasi (waktu pejabat) :
Hari Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 1.00 tengahari & 2.00 petang – 5.00 petang
Hari Jumaat : 8.00 pagi – 12.15 tengahari & 2.45 petang – 5.00 petang
Hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup (Di luar waktu di atas dikira ‘on call’)
Untuk keterangan lanjut:
No. tel: 04-5793333 (ext: 208/209)
*dikemaskini pada 5 Mac 2020
яндекс