Jabatan Kecemasan & Trauma
Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kepala Batas bermula operasi pada 1 Januari 2003. Lokasinya yang terletak di aras satu bangunan Blok Perkhidmatan Pusat dan berdekatan dengan pintu masuk utama hospital. Jabatan Kecemasan Hospital Kepala Batas berfungsi berdasarkan konsep sistem komputer Hospital Information System (eHIS) untuk pendaftaran pesakit dan juga digunakan bagi permohonan ujian makmal dan x-ray. Sistem elektronik bersepadu ini bukan sahaja akan meningkat kualiti, kecekapan dan kos efektif rawatan kepada pesakit malah akan membawa ke arah pengurusan pesakit yang cekap berlandaskan pembangunan modal insan.
Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Kepala Batas memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Kepala Batas, Penaga dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan kecemasan, resusitasi , stabilisasi dan perubatan kecemasan.
Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisyen. Pengurusan pesakit akan diberi kriteria utama berdasarkan ketenatan dan keadaan pesakit. Perkhidmatan Jabatan Kecemasan merangkumi pelan komprehensif yang mengandungi komposisi seperti rawatan pra hospital, resusitasi, penstabilan dan rawatan definitif.Perkhidmatan lain yang disediakan seperti pengurusan bencana, pusat krisis bersepadu (OSCC) dan pasukan perlindungan perubatan untuk upacara-upacara rasmi.
PERKHIDMATAN - PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Perkhidmatan Ambulan (Pre- Hospital Care & Inter –Hospital Transfer Services)
- Rawatan Kecemasan (Emergency Services)
- Liputan Perubatan (Medical Coverage)
- Pusat Khidmat Bersepadu (One-Stop Crisis Centre)
- Pengurusan Rumah Mayat (Montuary Services)
KOMPONEN JABATAN KECEMASAN & TRAUMA
- Ambulans Bay
- Drop Zone
- Kaunter Saringan (Triaging Counter)
- Saringan Sekunder (Secondary Triage)
- Zon Kritikal (Resusitation Room)
- Zon Separa Kritikal (Yellow Zone)
- Zon Bukan Kritikal (Green Zone)
- Bilik Pemeriksaan
- Zon Rawatan Asma (Asthma Bay)
- Bilik Rawatan
- Bilik Mawardah (One Stop Cricis Centre, OSCC)
- Bilik Keluarga (Bereavement Room)
- Bilik Prosedur Plaster of Paris (POP)
- Ruang Pemerhatian ( Observation Bay)
- Penyaringan Penyakit Berjangkit (Infectious Disease Screening)