
Bentuk bulat menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan warga KKM dengan menitikberatkan semangat kerjasama dan berpasukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan pangkat dalam memastikan Amalan EKSA sebagai budaya kerja.
Simbolik kepada makna Ekosistem Kondusif Sektor Awam secara amnya.
Merupakan imej korporat KKM dan secara tidak langsung merupakan penegasan bahawa logo ini adalah hak cipta KKM.
Indikator kepada amalan 5S secara amnya
Melambangkan warna berprestij yang sentiasa bertenaga, yakin, segar, bersemangat dan berkarisma. Ia juga simbolik kepada komitmen dan kepercayaan warga KKM dalam memastikan kejayaan Amalan EKSA. Alunan dua tona biru melambangkan kejayaan dan kekuatan semangat jitu warga KKM bagi merealisasikan pencapaian EKSA
Tulisan slogan berwarna putih di kelilingi warna hitam (black stroke) merupakan simbolik penegasan kepada sikap professional warga KKM.
Dua garisan bulatan putih yang mengelilingi logo memberi erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik. Manakala tulisan berwarna putih adalah lambang kesempurnaan, kebersihan dan keselesaan yang diamalkan oleh warga KKM.
Melambangkan komitmen anggota KKM dalam melaksana dan menjayakan amalan EKSA.