Sebut Harga Bagi Pelupusan Alih Kerajaan Di Hospital Balik Pulau
No. Sebut Harga: Bil (65) dlm.HBP/300-2/6/030/A/Jld.9
Tarikh Iklan: 22 November 2022 (Selasa)
Tarikh Tutup: 29 November 2022 (Selasa)
- Tawaran adalah dipelawa dari syarikat yang berminat dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Jualan Sisa) – Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit) untuk membeli aset seperti berikut:
|
BIL |
KETERANGAN ASET |
KUANTITI |
HARGA SIMPANAN (RM) |
1. |
WATER TANK |
1 UNIT |
0.00 |
2. |
WATER REVERSE OSMOSIS |
1 UNIT |
0.00 |
- Aset boleh dilihat pada 24 November 2022 (Khamis) dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Wad Lelaki, Hospital Balik Pulau, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang. Syarikat yang berminat boleh menghubungi Unit Pengurusan Aset, Hospital Balik Pulau untuk melihat aset alih tersebut. Kehadiran syarikat ke lawatan tapak adalah WAJIB dan lawatan selepas tarikh/masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW PA 28) yang boleh diperoleh di alamat seperti para empat (4).Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.
- Semua tawaran/dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda dengan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul tersebut dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat:
Unit Pengurusan Aset
Pejabat Pengarah
Hospital Balik Pulau
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
- Tarikh tutup sebut harga pada 29 November 2022 (Selasa) jam 12.00 tengahari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
- Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan sebut harga ini atau untuk menetapkan tarikh dan masa lawatan tapak dengan pihak urusetia, pihak syarikat boleh menghubungi:
En. Mohd Nur Bin Idris
Tel: 048669333 (ext :306)
En Teng Su Fian
Tel: 048669333 (ext :117)
Pn. Nur Amira Bt Zulkifli
Tel: 048669333 (ext :113)
SYARAT DAN PERATURAN SEBUTHARGA
- Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
- Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM5000 mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk wang pos atau draf bank sahaja atas nama Pengarah Hospital Balik Pulau.
- Tawaran tanpa/kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
- Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat(as-is-where-is-basis).
- Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
- Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal(dismantle),mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
- Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu(1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebut harga tidak akan dikembalikan.
- Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan berhak untuk melupuskan aset tersebut.
- Semasa proses penjualan dibuat, kerja tersebut perlu disaksikan oleh pihak iaitu kontraktor dan wakil Hospital Balik Pulau.
En. Mohd Nur Bin Idris
Unit Kejuruteraan & Operasi
Hospital Balik Pulau
Tel : 04 -8669333 (Ext : 306)