JABATAN PEDIATRIK HOSPITAL SEBERANG JAYA

Pengenalan

 

Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi perkhidmatan rawatan pesakit dalam, rawatan pesakit luar dan rawatan harian. Pakar Pediatrik juga melakukan lawatan ke Hospital Sungai Bakap dan Hospital Kepala Batas.

 

OBJEKTIF

    1. 1.   Menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berkesan.
    2. 2.   Menentukan kualiti dan efikasi dalam semua aktiviti pendidikan dari segi pencegahan, rawatan dan kesedaran.
    3. 3.   Peningkatan aktiviti pembelajaran, pendidikan dan penyelidikan secara berterusan.
    4. 4.   Menjadi pusat rujukan bagi kawasan kawasan sekitar.
    5. 5.   Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada waris dan penjaga pesakit.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan:-

Perkhidmatan Pesakit Dalam
Perkhidmatan Pesakit Dalam adalah seperti yang tertera dalam jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Bilangan Katil Mengikut Wad

Wad

Jumlah Katil

Wad 1 ( Neonatal)
(Multidisiplin)
Wad 2 ( Pediatrik Am )
Wad 12 ( NICU / SCN )

14
12
26
28

Jumlah Katil

80

 

Perkhidmatan Rawatan Harian (Daycare)

Rawatan harian mula beroperasi pada tahun 1997. Aktiviti utama adalah tranfusi darah untuk kes-kes Thalasaemia dan prosedur-prosedur yang memerlukan pelalian untuk pemeriksaan radiologi, kes-kes untuk kemoterapi dan lain-lain.

 

Perkhidmatan Pesakit Luar

Jadual 2: Rawatan Pesakit Luar Hospital Seberang Jaya

Hospital

Klinik

Klinik Pakar Kanak-Kanak

Klinik Subspeciality

Beroperasi 2 kali seminggu:
Rabu pagi : Neonatal
Khamis pagi : Pediatrik

Setiap Isnin pagi (setiap minggu)-Klinik Thalassemia
Setiap Rabu terakhir (pagi ) : Klinik Neurologi
Setiap Isnin Kedua (petang) : Klinik Nephrologi
Setiap Isnin minggu pertama
dan ketiga (pagi) : Klinik Kardiologi
Setiap Selasa Kedua(pagi) : Klinik Pediatrik Surgeri