JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN HOSPITAL SEBERANG JAYA

Pengenalan

 

Jabatan Dietetik dan Sajian berfungsi menyediakan makanan normal dan teraputik kepada pesakit dalam wad, membekal makanan kepada pegawai perubatan bertugas atas panggilan dan anggota bertugas malam, serta menyedia snek kepada doktor di dewan bedah. Pegawai Dietetik memberi perkhidmatan rundingcara pemakanan dan penilaian pemakanan kepada pesakit yang dirujuk serta pelan tindakan pemakanan.

 

OBJEKTIF

  1. Menyedia dan membekalkan makanan yang seimbang, bersih, selamat, bermutu tinggi dan bersesuaian kepada pesakit dalam wad.
  2. Memberi khidmat nasihat diet kepada pesakit dan memberi pendidikan pemakanan kepada pesakit dan orang awam. 

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan Sajian

Waktu operasi 6.30 pagi – 6.00 petang.

Waktu sajian :

  Sarapan pagi (7.30 – 8.00 pagi)
  Makan tengahari (11.30 – 12.00 tengahari)
  Minum petang (3.00 – 3.30 petang)
  Makan malam (5.30 – 6.00 petang)

Jenis perkhidmatan makanan:

Sistem Hidangan Berpusat (Centralised Plating) untuk semua pesakit.

Jenis hidangan makanan:

  Diet normal
  Diet Teraputik
  Pemakanan Enteral.

Membekal makanan kepada pegawai yang bertugas atas panggilan, bertugas malam serta kakitangan yang bertugas di dewan bedah.

 

Perkhidmatan Dietetik

Waktu operasi adalah pada waktu pejabat.

Jenis perkhidmatan:

  Perkhidmatan kaunseling diet dan terapi diet pesakit dalam.
  Perkhidmatan kaunseling diet pesakit luar.
  Kelas pendidikan, ceramah umum kepada pesakit dan orang awam.
  Pusat rujukan bagi klinik-klinik kesihatan di Daerah Seberang Perai.